Air Boleh Bantu Pulihkan Penyakit Serius
KAJIAN para saintis mendapati amalan
minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat.
Japanese Medical Society berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu,
amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.
Di antara penyakit yang termasuk dalam
penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah
sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan
jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi,
meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.
Bagaimanapun, amalan minum air kosong
sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk
memastikan keberkesanannya.
Minum 4 gelas air (160ml) sebaik jaga
dari tidur setiap pagi dan sebelum berus gigi. Berus gigi dan bersihkan
mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit. Selepas 45
minit anda sudah boleh makan dan minum seperti biasa.
Anda perlu minum air selepas 15 minit
mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam supaya makanan dapat
dihadam dengan baik.
Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak
larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat permulaan, mereka
boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara
berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.
Kaedah ini dipercayai mampu merawat
pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu. Jika anda amalkan meminum air
mengikut kaedah yang telah diberikan di atas selama tempoh tertentu,
penyakit seperti dalam senarai di bawah ini akan semakin baik.
1. Tekanan Darah Tinggi – 30 hari
2. Gastrik – 10 hari
3. Diabetis – 30 hari
4. Sembelit – 10 hari
5. Kanser – 180 hari
6. Tibi – 90 hari
Bagi pesakit artritis hanya perlu
mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai
sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap
buang air kecil.