Pengenalan & Fungsi
dR.
Slimming Suit dihasilkan dengan teknologi tinggi di mana serbuk siramik
yang berkualiti telah di tambah ke dalam produk ini. Serbuk ini mampu
menyerap dan menyimpan sebahagian besar infra merah. Fungsi infra merah
ialah ianya dapat meningkatkan sistem mikrosirkulasi pada tubuh manusia
dan mengaktifkan molekul air di dalam tubuh badan. Ianya juga mampu
membakar lebihan lemak dan melangsingkan badan serta menjaga kesihatan.
Selain
serbuk siramik, slimming suit ini juga mengandungi bahan batu jed yang
berkualiti tinggi. Batu jed ini terdiri dari 2 galian silikat yang
berbeza iaitu Nephrite dan Jadeitite.
Dimana batu jed ini kaya dengan kalsium, magnesium, dan natrium. Fungsi
batu jed ini antaranya adalah untuk menguatkan sistem imunisasi,
menajamkan fikiran, serta dapat menghilangkan keletihan. Selain itu,
batu jed juga merupakan anti penuaan dan dapat melancarkan sistem
peredaran darah. Slimming suit ini juga bukan sahaja mampu membentuk
payudara, mengecilkan pinggang dan mengempiskan perut dengan sempurna
malah merupakan produk kesihatan bagi mereka yang ingin memiliki tubuh
yang cantik dan sihat.
Body Shaper
Mengawal tubuh dengan sepenuhnya supaya kelihatan ramping. Juga menyokong dan membentuk kontur cup
Lembut sepenuhnya walaupun di lapisi pakaian lain di atasnya.
Mengawal pergerakkan lemak di dalam badan supaya menjadi mampat
Panty Shaper
Ukuran dari aras pinggang di reka untuk membentuk pinggul yang menarik
Membantu bagi membentuk pinggul dan peha
Menegang dan membentuk pinggul agar lebih mantap
Boxer Shaper
Memberikan kawalan tambahan pada bahagian perut
Selesa dan garis seluar dalam tidak kelihatan
Membentuk pinggul secara semulajadi